UFO dikesan terbang di langit Dubai [VIDEO]

DUBAI, EMIRIYAH ARAB BERSATU – Satu klip video memaparkan beberapa objek terbang misteri   di langit Dubai mengejutkan penduduk dengan ramai orang yang cuba membuat tekaan, lapor laman berita The National semalam.

Video yang tular di laman sosial itu menunjukkan beberapa UFO bercahaya terang terbang dalam satu formasi di langit.

Penyampai radio, Kris Fade memuat naik video itu di laman Instagram dan bertanya: “Adakah ini hujan meteor atau objek lain?”

Salah seorang peminatnya kemudian memberitahu bahawa ia adalah sekumpulan penerjun udara.



“Maaf semua, ia adalah kumpulan penerjun udara dengan suar yang dipasang. Kami melihat mereka terjun dari sebuah pesawat. Rakan suami saya ialah salah seorang daripada mereka. Mereka amat hebat,” kata peminat tersebut.

“Ia bukan hujan meteor. Ia adalah penerjun udara yang memakai sut sayap pyro,” komen netizen lain.

Beberapa pengguna media sosial turut meneka bahawa ia adalah sampah angkasa lepas seperti serpihan satelit yang terbakar di atmosfera Bumi. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker