Takiyuddin, Hamzah calon ketua pembangkang – Sumber
Takiyuddin, Hamzah calon ketua pembangkang – Sumber
Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan disebut-sebut menjadi calon ketua pembangkang yang akan dikemukakan Perikatan Nasional (PN).
Salah seorang pemimpin tertinggi PN yang enggan dinamakan berkata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang enggan memegang jawatan itu.
“Muhyiddin tidak mahu memegang jawatan itu, begitu juga Abdul Hadi tidak berhasrat untuk menduduki kerusi berkenaan.
“Berdepan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, PN perlu menampilkan pemimpin yang ‘bertenaga’.
“Jadi, dua nama yang sedang dipertimbangkan PN untuk dilantik sebagai ketua pembangkang setakat ini ialah, Hamzah dan Takiyuddin,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) PN membabitkan Bersatu, PAS dan Gerakan berjaya memenangi 73 kerusi parlimen.
PAS menyumbangkan kerusi paling banyak iaitu sebanyak 43 kerusi parlimen.
PN gagal membentuk kerajaan selepas BN, GPS, GRS dan Warisan membuat keputusan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama PH dan menobatkan Anwar sebagai perdana menteri.
Dalam pada itu, sumber berkata PN juga turut mempertimbangkan untuk melantik Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, atas) sebagai ketua pembangkang.
“Bagaimanapun karekter Tuan Ibrahim yang dilihat agak ‘lembut’ agak kurang sesuai untuk jawatan itu. Kita memerlukan orang yang agresif untuk mengasak Anwar.
“Kemungkinan besar Hamzah, beliau juga merupakan ‘seteru’ Anwar,” katanya lagi. Mk
Takiyuddin, Hamzah calon ketua pembangkang – Sumber
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j
You must be logged in to post a comment.