Ibu bapa pelik bayi menangis tiba-tiba, bila diperiksa rupanya terkena peluru sesat [VIDEO]

Seorang kanak-kanak berusia lebih setahun di Indonesia cedera akibat terkena peluru sesat ketika ibu bapanya sedang tidur di rumah mereka, lapor laman berita Suara.com.

Video memaparkan kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.official.

Rakaman memaparkan keadaan kaki mangsa yang terkena peluru tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Desa Kuripan, Lampung pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa sedang tidur nyenyak di dalam bilik. Tiba-tiba anak mereka menangis kerana berlumuran darah,” demikian keterangan dalam video tersebut.

Selain menunjukkan peluru sesat yang disyaki sebagai bukti kejadian, akaun itu turut memuat naik hasil imbasan X-ray memaparkan peluru sesat itu masih berada di kaki mangsa.

Mangsa kemudian menerima rawatan selepas dikejarkan ke hospital. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker