Hadi suka bohong – Mat Sabu

#PRU15

Hadi suka bohong – Mat Sabu

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dalam Amanah, Mohamad Sabu, membidas Abdul Hadi Awang kerana mendakwa Pakatan Harapan (PH) dan Umno sedang berbincang untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Mohamad menuduh presiden PAS itu berbohong, dengan berkata PH tidak mungkin bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan baharu, menurut China Press.



“Hadi Awang bohong, ini saja saya nak cakap. Dia cuma suka berbohong,” katanya kepada wartawan selepas satu majlis PH di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Anwar, yang turut berucap di majlis itu berkata, pihaknya tiada rancangan untuk menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Umno, malah PH telah meletakkan sasaran mendapatkan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Saya bukan presiden PAS. Saya tidak akan menjadi pengemis dan pergi kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta sokongan,” katanya, menurut akhbar harian Cina itu.

Hadi dilaporkan mendakwa terdapat muslihat dalam Umno untuk membantu PH memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi memudahkan Barisan Nasional (BN) dan PH membentuk kerajaan akan datang.



Pada Selasa, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang menentang sebarang rundingan untuk membentuk pakatan dengan Umno. FMT

Hadi suka bohong – Mat Sabu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker