KDN nafi dakwaan bekas IGP isu kartel polis

KDN nafi dakwaan bekas IGP isu kartel polis

Putrajaya hari ini menolak dakwaan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador bahawa “kartel polis” yang mempunyai pengaruh yang kuat menyebabkan masalah kepada perkhidmatan polis.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata siasatan awal tidak menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal, isu ‘kartel’ dalam kalangan anggota kanan polis tidak timbul.

“Bagaimanapun, polis telah merujuk perkara itu kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk siasatan bebas dan telus,” kata kementerian tersebut.

Terdahulu, KDN menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang meminta kerajaan menjelaskan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menjawab dakwaan Abdul Hamid.

Sebelum bersara pada Mac, Abdul Hamid telah membuat beberapa dakwaan serius yang mengejutkan termasuk dakwaan bahawa “kartel” pegawai berkomplot dengan penjenayah untuk menjatuhkannya.

Dia juga mendakwa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin cuba mempengaruhi kenaikan pangkat dalam perkhidmatan polis.

Pada Mei, pengganti Abdul Hamid, Acryl Sani Abdullah Sani berkata EAIC sedang menyiasat perkara itu. Sejak itu, EIAC tidak membuat sebarang kenyataan berhubung siasatan yang dilakukan.

Selain Abdul Hamid, polis juga telah dikritik berikutan kemunculan akaun Twitter yang didakwa sebagai pemberi maklumat yang dikenali sebagai ‘Edisi Siasat’.

Akaun Twitter ini didakwa telah mengemukakan bukti rasuah terhadap pegawai tertinggi polis dan SPRM.

Pada hari Isnin, Acryl Sani telah menafikan dakwaan itu sebagai “sengaja diada-adakan”. Sehari kemudian, dia meminta pihak yang bertanggungjawab di sebalik akaun ‘Edisi Siasat’ mengemukakan bukti. Mk

KDN nafi dakwaan bekas IGP isu kartel polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker