‘Ayah, anak’ berentap Jumaat ini

‘Ayah, anak’ berentap Jumaat ini

Doha: Rakan sepasukan bertukar menjadi musuh Jumaat ini apabila Luka Modric dan Rodrygo berentap ketika Croatia dan Brazil bertemu di suku akhir Piala Dunia.

Kapten Croatia, Modric akan berdepan beberapa rakan sepasukannya di Real Madrid termasuk Vinicius Jr dan Eder Militao.



Namun hubungannya dengan Rodrygo lebih daripada kawan atau rakan sepasukan.

Rodrygo, 21, antara pemain termuda dalam skuad Brazil dan Real Madrid. Menariknya, ayah Rodrygo hanya setahun lebih muda daripada Modric menyebabkan bekas pemain Spurs itu terkejut.

Sejak mengetahuinya, mereka kerap merujuk sesama sendiri sebagai ayah dan anak.

“Ketika dia mengetahui ayah saya berusia 35 tahun, dia tidak mempercayainya,” kata Rodrygo di Twitter.



“Dia kemudiannya memberitahu saya supaya menghormatinya kerana dia sudah cukup tua untuk menjadi ayah saya. Sejak itu dia kerap memanggil saya anak dan saya memanggilnya ayah.”

Modric menyertai Real sejak 2012 dan selepas musim pertama yang sukar dia kembali bangkit dengan prestasi cemerlang sejak dekad terakhir.

Dia juga turut mempunyai pengaruh ke atas Rodrygo seperti dinyatakan dalam temu bual awal tahun ini.

“Dia banyak membantu saya,” katanya dalam laman web Real Madrid. “Beraksi dengannya lebih mudah berdasarkan kualiti dimilikinya. Dia seperti ayah kepada saya.”



Modric berusia 38 tahun pada 2023 dan beraksi kali terakhir di Piala Dunia. Finalis 2018, Croatia mara ke suku akhir selepas menewaskan Jepun menerusi penentuan penalti manakala Brazil membelasah Korea Selatan 4-1 sekali gus menyaksikan pertembungan ‘ayah dan anak’ di Stadium Education City Jumaat ini. HM

‘Ayah, anak’ berentap Jumaat ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa



Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker