Tuntutan Dong Zong satu bentuk ugutan – GPMS

Tuntutan Dong Zong satu bentuk ugutan – GPMS

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan tuntutan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai satu bentuk ugutan kepada Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk.

Ahli Majlis Tertinggi GPMS, Mohd Wafiyuddin Al-Awal Musa, berkata penolakan terhadap tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) oleh Dong Zong bukanlah kerana perkauman tetapi asas kepada kepatuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan oleh semua pihak.



“Justeru GPMS menggesa agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengabaikan tuntutan tidak berasas Dong Zong demi masa depan Dasar Pendidikan Negara.

“Malah GPMS juga kekal dengan pendirian iaitu menolak sekeras-kerasnya tuntutan pengiktirafan UEC itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional dan tindakan itu mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

Ini memandangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).



Bagaimanapun, Mohd Wafiyuddin Al-Awal berkata, GPMS sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan memberi tenaga serta idea berkenaan sistem pendidikan negara.

“Sebelum ini, GPMS ada membuat 30 tuntutan kepada semua parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu iaitu berkenaan dasar pendidikan, infrastruktur pendidikan, perguruan, dana pendidikan dan kos sara hidup pelajar.

“GPMS sentiasa bersedia untuk membantu dalam memastikan kelangsungan pendidikan negara kekal terjamin tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” katanya. BH

Tuntutan Dong Zong satu bentuk ugutan – GPMS




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker