Melly Goeslaw Jalani Bariatrik, Diabetis Pulih 100 Peratus

Melly Goeslaw Jalani Bariatrik, Diabetis Pulih 100 Peratus

Bakal mengadakan konsert selama dua hari di Malaysia pada awal bulan Februari tahun hadapan, penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Melly Goeslaw memberitahu dia kehilangan berat badan sebanyak 25 kilogram selepas menjalani pembedahan bariatrik pada bulan Julai lalu.

Diabetis sembuh



Ketika ditemui pada sidang media Ada Apa Dengan Melly? ratu runut bunyi filem itu meluahkan rasa syukur apabila penyakit kencing manis yang dihidapinya sebelum ini sudah kembali sembuh.

Selepas membuat pembedahan memotong usus atau bariatrik banyak yang berubah, sejujurnya berat badan saya menurun 25 kilogram dalam tempoh 4 bulan. Diabetis saya juga sembuh. Bahagian hidangan saya juga sedikit jadi saya lebih sihat sekarang, badan lebih ringan. Sebelum buat pembedahan saya perlu buat pemeriksaan kesihatan, dan saya baru tahu yang saya alami masalah kencing manis tahap kritikal, sebab arwah ibu saya juga alami masalah kesihatan sama.

Disoal adakah terdapat kesan selepas menjalani proses pembedahan itu, Melly berkata dia tidak berasa sakit mahupun lemau.

Dua minggu pertama, saya tidak boleh makan apa-apa kecuali air kosong, teh panas dan susu protein. Saya fikir saya akan lapar tapi tidak kerana perut sudah tinggal 15 peratus dari 100 peratus dipotong 85 peratus. Tiada apa-apa, tidak berasa lemau dan sakit kerana proses pembedahan itu tak bahaya. Lebih sakit lagi bila saya melahirkan anak. Sekarang saya perlu memilih apa yang mahu dimakan, hanya satu senduk sahaja untuk kekalkan gula dalam badan.



Bercerita lebih lanjut, Melly memberitahu dia akan membawakan banyak lagu ‘hits’ untuk konsert julung kalinya di Malaysia. Dia mahu semua penonton berpuas hati apabila membeli tiket konsert tersebut. Buat pengetahuan korang, Konsert Ada Apa Dengan Melly? bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Semua penonton wajib memakai pakaian seragam sekolah tatkala hadir di Dewan Plenary pada hari tersebut. OB

Melly Goeslaw Jalani Bariatrik, Diabetis Pulih 100 Peratus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker