Kerjasama BN-PN umpama ‘tunggu buah tak gugur’
Kerjasama BN-PN umpama ‘tunggu buah tak gugur’
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata sebarang bentuk kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) umpama menunggu buah yang tidak akan gugur kerana partinya tidak mempercayai Bersatu.
ADUN Rengit itu ketika dihubungi FMT berkata Umno tidak mempercayai Bersatu walau siapapun yang memimpin parti itu, selain kedua-dua parti tiada keserasian antara satu sama lain.
“Gabungan BN-PN untuk membentuk kerajaan baharu sudah tidak lagi relevan.
“Ia tidak wajar difikirkan sekarang… hanya membuang masa,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Muhyiddin Yassin menjadi batu penghalang kerjasama BN-PN.
Seorang lagi ahli MKT Umno, Mohd Razlan Rafii turut senada dengan Puad apabila menyifatkan batu penghalang bagi kerjasama antara BN-PN bukan sahaja Muhyiddin yang juga pengerusi PN, sebaliknya beliau turut menamakan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan rakan lain.
Katanya, kesemua mereka mempunyai hubungan antara satu sama lain dan berperanan menggerakkan usaha “membeli” Ahli-ahli Parlimen BN.
“Bukan satu individu. Sebab mereka ada ‘connection’. Gerakan untuk membeli Ahli-ahli Parlimen BN dah digerakkan dari awal,” katanya ketika dihubungi FMT.
Puad juga menyatakan bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim wajar diberikan peluang untuk mentadbir sehingga habis penggal ini, dan menyifatkan negara tidak memerlukan sebarang pertukaran kerajaan sebelum PRU 16.
Selain itu, beliau berpandangan Bersatu dan PAS perlu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa.
“Jangan halang siasatan, penambahbaikan dan pembaharuan institusi yang kerajaan perpaduan mahu laksanakan,” pesan Puad kepada PAS dan Bersatu. FMT
Kerjasama BN-PN umpama ‘tunggu buah tak gugur’
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j
Jangan berani sentuh Messi – Tyson
You must be logged in to post a comment.