Alif Teega punya pasal, Adam Lee buang jambang

Alif Teega punya pasal, Adam Lee buang jambang

Pelakon Adam Lee tampil dengan imej baru yang lebih segar selepas membuang jambang pada wajahnya.

Keputusan dibuat atas alasan tidak mahu dikatakan seiras dengan pempengaruh media sosial sensasi susulan kes poligami ketika isteri sedang hamil, iaitu Alif Teega.



“Jambang sudah buang. Dah, jangan samakan saya dengan dia (Alif) lagi,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, suami kepada aktres Sweet Qismina itu meletakkan tanda pagar ‘IniALBukanAT’yang bermaksud ‘Ini Adam Lee bukan Alif Teega’.

Sementara itu, isterinya turut berkongsi perubahan serta imej baharu Adam dalam InstaStory.

“Okey sudah jangan mesej langsung (DM) saya kata sama macam AT (Alif Teega)!



“Suami saya tiada jambang-jambang selepas ini,” ujarnya yang mempertahankan aktor terbabit.

Rata-rata komen menunjukkan netizen terhibur dengan hantaran pelakon drama Bidadari Salju itu selain mengusik supaya kelakuannya tidak sama seperti Alif Teega.

“Muka sama tidak mengapa. Janji jangan perangai sahaja,” kata pengikut.

“Tidak mengapa sama jambang. Jangan sama perangai dengan dia sudah,” seloroh netizen lagi.



Selain Adam yang kelihatan terkesan dengan imej Alif Teega, varu-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad juga ada membuat kenyataan secara berseloroh agar penampilannya yang berjambang tidak disamakan dengan suami kepada pensohor juga ahli perniagaan Aishah Hijanah itu. K Online

Alif Teega punya pasal, Adam Lee buang jambang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker