Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
Segamat: Biarpun sudah lebih 27 tahun berlalu, peristiwa manusia ditelan ular sawa masih kekal segar menjadi sejarah hitam di Segamat malahan menjadi tumpuan dunia ketika itu.
Kehilangan seorang lelaki berusia 22 tahun dari sebuah kediaman terpencil di Tenang, Segamat, terjawab apabila mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang tujuh meter pada 1995.
Di sebalik sensasi berita itu, ramai yang tidak tahu ada ‘wira tak didendang’ dalam kalangan wartawan pertama yang membuat liputan kejadian.
Bekas wartawan China Press, Wong Kim Soo, 80, berkata, pengalaman membuat liputan manusia ditelan ular sawa di Tenang pada 4 April 1995 masih tersemat dalam ingatannya.
Dia yang ketika itu berusia 53 tahun tidak pernah melupakan saat bergegas menyewa teksi dengan bayaran RM80 ke Ibu Pejabat China Press di Kuala Lumpur menghantar gambar bercetak serta berita.
Katanya, semasa kejadian jam 7.15 malam itu, dia dimaklumkan oleh kenalan ada kejadian manusia ditelan ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram (kg) namun mulanya menyangkakan hanya digigit ular saja.
Dia yang memulakan karier kewartawanan di akhbar berbahasa Cina itu pada 1990 berdepan pelbagai insiden namun peristiwa berkenaan sememangnya sukar dilupakan.
“Ketika sedang membuat persiapan mencari fakta berita itu, saya amat bernasib baik menjadi wartawan pertama mendapat gambar peristiwa itu daripada polis.
“Saya segera bergerak ke lokasi kediaman mangsa kira-kira 20 meter berhampiran sebuah paya di lokasi kejadian,” katanya ditemui di bandar Segamat di sini, hari ini.
Wong berkata, liputan berita itu turut menjadikannya buruan petugas media cetak serta elektronik dari dalam serta luar negara bagi mendapatkan lokasi sebenar kejadian selain beberapa sudut gambar lain sehari selepas itu.
Menurutnya, peristiwa yang sukar dilupakan apabila anggota polis yang menembak mati reptilia itu menceritakan bagaimana ular sawa menjunjung mangsa beberapa meter sebelum menelannya.
Wong berkata, dia memuji keberanian anggota polis yang berjaya menemui mangsa walaupun kejadian berakhir dengan tragis.
“Selepas lebih 30 tahun yang menakjubkan dalam bidang kewartawanan ini, saya akhirnya mengucapkan selamat tinggal sejak belasan tahun lalu, “katanya. HM
Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
Baca Artikel Menarik:
- Anwar usik Mat Sabu: ‘Telur tak ada’
- BN, UMNO jadi mangsa dendam politik jika tidak sertai kerajaan perpaduan
- Nash sukar bergerak
- PH atau PN tak boleh bentuk kerajaan tanpa BN
- Polis panggil Hadi beri kenyataan
- Kerajaan tidak akan ‘kejar’ Azam Baki – Rafizi
- Isteri curang ditangkap khalwat
- Rafizi pertahan keputusan Anwar jadi Menteri Kewangan
- Melayu dalam Jemaah Menteri Anwar
- PN berebut pula Speaker Dewan Rakyat
- Ramasamy terus persoal hanya satu jawatan menteri kepada kaum India
- PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen
- Aksi bahaya budak berpaut di belakang lori dirakam
- Penyelam lemas ketika mahu pecah rekod dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin
Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat
You must be logged in to post a comment.