Iran bubar polis moral

Iran bubar polis moral

TEHERAN – Iran memansuhkan polis moral selepas dua bulan protes di seluruh negara berterusan susulan kematian gadis berketurunan Kurdis-Iran, Mahsa Amini semasa dalam tahanan pasukan berkenaan, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Protes yang dilabel sebagai ‘rusuhan’ oleh pihak berkuasa itu tercetus selepas Mahsa meninggal dunia, 16 September lalu. Dia ditahan polis moral di Teheran tiga hari sebelumnya kerana didakwa tidak memakai tudung secara sempurna.



“Polis moral tiada kaitan dengan badan kehakiman dan telah pun dimansuhkan,” kata Peguam Negara, Mohammad Jafar Montazeri seperti dipetik agensi berita ISNA.

Polis moral atau secara rasmi dinamakan Gasht-e Ershad (Peronda Bimbingan), ditubuhkan semasa pemerintahan bekas presiden, Mahmoud Ahmadinejad untuk menyebarkan budaya kesopanan dan pemakaian hijab dalam kalangan wanita.

Unit tersebut mula melakukan rondaan pada 2006.

Pengumuman pemansuhan pasukan itu berlaku sehari selepas Mohammad Jafar memberitahu bahawa Parlimen dan badan kehakiman Iran sedang membincangkan isu mengenai sama ada undang-undang kewajiban memakai hijab perlu diubah.



Presiden Ebrahim Raisi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen tempatan Sabtu lalu berkata, asas Republik Islam Iran mempunyai perlembagaan yang teguh namun, terdapat beberapa kaedah pelaksanaan perlembagaan yang fleksibel.

Pemakaian hijab diwajibkan di Iran empat tahun selepas Revolusi 1979 yang menyaksikan monarki disokong Amerika Syarikat digulingkan diikuti penubuhan Republik Islam Iran.

Anggota polis moral pada awalnya mengeluarkan beberapa amaran sebelum mula menangkap wanita yang melanggar peraturan itu 15 tahun lalu.

Etika berpakaian bagaimanapun beransur-ansur berubah terutamanya di bawah pemerintahan bekas presiden Hassan Rouhani yang menyaksikan wanita boleh memakai seluar jeans ketat bersama tudung berwarna-warni dan longgar.



Namun pada Julai tahun ini, pengganti beliau, Raisi yang bersikap konservatif menggesa semua institusi negara agar menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemakaian tudung. K Online

Iran bubar polis moral


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat



Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker