ECRL akan diteruskan – Loke

ECRL akan diteruskan – Loke

Semua projek sedang berjalan termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Beliau yang memulakan tugas rasmi di kementerian hari ini berkata, antara fokus utama yang akan diberi tumpuan adalah isu pengangkutan awam dan digitalisasi dalam perkhidmatan, lapor Bernama.



Projek ECRL sepanjang 665km membabitkan jajaran di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan kos berjumlah RM50.27 bilion. Ia dibina dengan reka bentuk bebas daripada bencana banjir.

Loke adalah menteri pengangkutan ketika era Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018 hingga Februari 2020.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad ketika itu menghentikan sementara projek mega berkenaan ketika menakluk Putrajaya, bagaimanapun kerja-kerja pembinaannya disambung semula pada 2019.

Semasa kempen pilihan raya baru-baru ini, Loke berjanji bahawa ECRL tidak akan dibatalkan jika PH membentuk kerajaan. FMT



ECRL akan diteruskan – Loke


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin



Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker