Skim pelaburan kutip RM3 bilion, ratusan mangsa buat laporan polis

Skim pelaburan kutip RM3 bilion, ratusan mangsa buat laporan polis

Sekumpulan 180 orang mangsa penipuan sindiket pelaburan, yang dikatakan mengaut kira-kira RM3 bilion daripada 10,000 individu, tampil membuat laporan di IPD Sentul hari ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin Hashim berkata, kebanyakan mangsa sindiket yang dijalankan sebuah syarikat itu terdiri daripada warga emas berbangsa Cina.

Kebanyakan mangsa, yang menyertai skim pelaburan ini ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lepas, tertipu dengan tawaran dividen yang tinggi, tambahnya.



“Mereka mengeluarkan wang KWSP mereka untuk menyertai program pelaburan ini. Ada juga yang tutup akaun insuran dan mengeluarkan wang mereka (dari situ), juga pinjam wang daripada Ah Long.

“Mangsa diperdaya oleh ejen-ejen pelaburan tersebut dengan tawaran dividen yang tinggi, mencecah 17% sebulan,” katanya pada sidang media di hadapan IPD Sentul hari ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini adalah meminta pelabur yang telah membuka akaun melakukan transaksi menggunakan matawang “kripto USD” di platform yang disediakan.

Tambahnya, pelabur akan membuat bayaran insurans bagi modal yang dilaburkan untuk memastikan modal tersebut tidak hilang. Sebahagian keuntungan harus dibayar kepada syarikat tersebut.



Salah seorang mangsa, pesara Erric Sow, 74, berkata kesemua wang insurannya yang berjumlah hampir RM50,000 lesap selepas ditipu sindiket terbabit.

Beliau kini hanya bergantung kepada wang simpanannya untuk meneruskan kehidupan memandangkan beliau tidak mampu lagi untuk bekerja.

“Saya sudah tua, usia lebih 70 tahun, mana ada orang nak ambil saya bekerja lagi. Dua tahun mereka ‘korek’ duit saya, insuran pun sudah habis kena tipu,” katanya ketika ditemui media.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chia, 48, yang mula melabur sejak Disember 2021 sehingga Ogos tahun ini, berkata beliau telah rugi sebanyak RM500,000.



Pada lima bulan pertama, beliau menerima bayaran dividen seperti yang dijanjikan, katanya, namun keadaan berubah selepas beliau melabur dengan jumlah lebih besar.

“Pada beberapa bulan pertama, mereka memang membayar dividen dijanjikan, menyebabkan saya percaya bahawa pelaburan ini sah,” katanya.

“Namun, selepas melabur dengan jumlah lebih besar, mereka tiba-tiba menghilangkan diri,” katanya. FMT

Skim pelaburan kutip RM3 bilion, ratusan mangsa buat laporan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker