“Scheme of things” Muhyiddin Bocor, PN Korup

Oleh Norzahira

KINI terbongkar Perikatan Nasional (PN) merupakan gabungan yang korup. Ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), Muhyiddin Yassin cuba menipu rakyat dengan berkempen di platform kononnya “bersih dan stabil”.

Perkara tersebut didedahkan oleh Naib Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Persoalannya, adakah Amirudin akan membuat laporan polis berkenaan jenayah sogokan yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin?

Jika benar Amirudin mempunyai bukti kukuh jenayah Muhyiddin maka beliau sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya membuat laporan polis.

Tindakan mendedahkan perkara tersebut hanya didalam ceramah politik bukan merupakan langkah tepat. Beliau menyelar Muhyiddin berkenaan jenayah sogokan tersebut ketika berucap dalam ceramah bagi calon PH Padang Serai, Sofee Razak. Malah Amirudin mendakwa itu adalah pengalamannya sendiri.

Menurut Amirudin, tiga hari sebelum Langkah Sheraton, beliau menemui Muhyiddin, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan PH, dan mempersoalkan tindakan politiknya.

Langkah Sheraton merujuk gerakan berpaling tadah pada 2020 yang menyaksikan beberapa Ahli Parlimen Bersatu dan PKR bergabung dengan Barisan Nasional dan PAS sehingga menyebabkan kerajaan PH tumbang.

“Ini orang yang mengatakan diri dia bersih…yang mengaku tidak mengamalkan rasuah.

“Nasihat dia kepada saya ketika itu: Amir, kamu dapatkan wakil rakyat dari Amanah, wakil rakyat dari Keadilan (PKR), kamu bagi mereka RM10,000 sebulan, bagi jawatan GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Untuk apa? Untuk khianati dan jatuhkan (kerajaan) negeri Selangor. Saya balik dan saya fikir, saya bukan dilahirkan oleh ibu saya untuk menjadi seorang pengkhianat. Saya tak buat dan saya tak laksanakan dan saya tolak politik seperti ini.”

Amirudin berkata, itulah “scheme of things” Muhyiddin.

Jenayah sogokan yang dikatakan dilakukan oleh PN ini dilihat berasas dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. Beliau berang apabila terdapat segelintir penyokong dan pengundi PN yang menuntut ‘duit tambang’ yang dijanjikan untuk pulang mengundi.

“Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, tak bagi (ugut) tak mau balik dah. Negeri ini orang nak amik dah,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah PN Padang Serai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tampil menyiasat perkara ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker