Muhyiddin tak tahu ke?

Muhyiddin tak tahu ke?

Lim Guan Eng menyelar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin atas dakwaannya bahawa kerajaan perpaduan akan meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi PRK Pulai.

Pengerusi DAP itu berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan, dan urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ini (penambahan kawasan pilihan raya) SPR yang tentukan. Beliau (Muhyiddin) sebagai bekas perdana menteri takkan tak tahu.

“Kadang-kadang saya pun meragui sama ada beliau layak jadi perdana menteri kerana perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan pun tak faham.

“Saya tak terima sebarang maklumat langsung berkenaan cadangan (persempadanan semula kawasan pilihan raya ini),” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kampar dan Adun Keranji di Kampar, lapor Harian Metro.

Lim berkata demikian mengulas dakwaan Muhyiddin pada ceramah perdana PN di Kempas, Johor, bahawa kerajaan ingin majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat supaya boleh meminda sempadan kawasan pilihan raya.

Pada ceramah tersebut, beliau menyeru pengundi Pulai menyekat penguasaan dua pertiga kerajaan perpaduan, yang menurutnya merancang menambah kawasan pilihan raya Parlimen kepada 300 kerusi, berbanding 222 ketika ini. FMT

Muhyiddin tak tahu ke?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker