Tertekan bunyi bising, pesakit matikan mesin ventilator rakan sebilik

 Gambar Hiasan

BERLIN, Jerman – Seorang wanita berusia 72 tahun ditahan selepas dia didakwa mematikan mesin ventilator rakan sebilik hospitalnya sebanyak dua kali kerana marah dengan bunyi yang dikeluarkan oleh alat bantuan pernafasan tersebut, lapor portal berita MailOnline.

Menurut pihak berkuasa Jerman, warga emas itu berdepan hukuman penjara kerana disyaki melakukan cubaan membunuh. Insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di Mannheim, barat daya Jerman, petang Selasa lalu.

Polis dan pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa suspek mematikan alat pernafasan wanita berusia 79 tahun itu. Walaupun diberitahu oleh kakitangan hospital bahawa mesin ventilator itu penting untuk pesakit, dia mengulangi perbuatan tersebut pada se­belah petang.

Pesakit wanita berusia 79 tahun itu bergantung hidup kepada bekalan oksigen, kata polis dan pendakwa raya.

Suspek telah dibawa ke hadapan seorang hakim pada Rabu lalu dan kemudian dihantar ke penjara.

Mesin ventilator digunakan untuk mengepam oksigen ke dalam paru-paru pesakit bagi membolehkannya bernafas dan menjadi alat penting untuk menyelamatkan nyawa semasa pandemik Covid-19 yang mengakibatkan lebih enam juta orang terkorban.

Pihak penjagaan kesihatan antarabangsa melaporkan terdapat kira-kira 25,000 pesakit Jerman yang terpaksa menggunakan ventilator di seluruh negara itu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker