Pemuda PAS Sindir Kabinet Reformasi Anwar Beri Kegembiraan Pengundi PH

Pemuda PAS Sindir Kabinet Reformasi Anwar Beri Kegembiraan Pengundi PH

Dewan Pemuda Pas hari ini menyindir barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkannya cukup mantap dan membawa semangat reformasi.

Timbalan Ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pengumuman barisan anggota kabinet itu memberi ‘kelegaan dan kegembiraan’ kepada rakyat.

Khususnya, kata beliau, dalam kalangan pengundi Pakatan Harapan (PH) yang tekad melawan kleptokrasi dan mahukan semangat reformasi dalam pentadbiran kerajaan baharu.

“Reformasi terbesar kabinet Kerajaan Campuran kali ini adalah dengan pelantikan Datuk Seri (Ahmad) Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah dalam kes Yayasan Akalbudi, sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Pelantikan ini selaras tawaran kedua dalam 10 Manifesto PH, iaitu untuk memerangi rasuah dan mengukuhkan institusi demokrasi.

“Selain itu, kabinet ‘reformasi’ ini juga turut dianggotai Nga Kor Ming, pemimpin DAP ekstrem yang masyhur dengan ceramah berbaur perkauman, sebagai Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan.

“Ini bukti Pakatan Harapan sangat menyanjung perpaduan dan menolak perkauman.

“Dengan pelantikan ini, hasrat DAP untuk melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal terlaksana dengan jayanya,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.

Afnan Hamimi juga mendakwa, kejayaan paling besar kabinet Anwar ialah apabila PH bertindak tidak meletakkan semula menteri-menteri parti itu yang dicanang sebagai kejayaan dan kebanggaan ‘Kabinet PH 2020’.

“Contohnya, (Datuk Seri) Dr Dzulkefly Ahmad tidak dipilih sebagai Menteri Kesihatan, walaupun menang di kerusi Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Sebaliknya, lawan beliau di kerusi Parlimen berkenaan yang kalah dilantik pula menjadi menteri,” tambahnya.

Mengucapkan tahniah ke atas pembentukan jemaah menteri yang digelarnya ‘Kabinet Reformasi’ itu, beliau berkata, Pas akan terus memainkan peranannya semaksimum mungkin dalam menjadi pembangkang berwibawa yang akan menyemak imbang setiap tindak-tanduk kerajaan baharu ini.

Pemuda PAS Sindir Kabinet Reformasi Anwar Beri Kegembiraan Pengundi PH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker