Polis tidak pilih bulu dalam laksanakan tugasan

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan melibatkan individu atau kenderaan mencurigakan adalah tugas utama polis bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sentiasa berhemah dalam menjalankan tanggungjawab

“Polis sentiasa bersikap bersikap adil dalam melaksanakan tugas pencegahan jenayah dengan tidak mengamalkan sebarang unsur perkauman.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kewibawaan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan akhbar pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan dakwaan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang tidak berpuas hati kerana mendakwa diperiksa secara rambang oleh beberapa anggota polis di Jalan Cenderuh Taman Bamboo bersebelahan sebuah restoran makanan SA Bamboo Curry House Jinjang di sini pada Sabtu.

Individu tersebut turut memaparkan aduannya itu turut diberikan kepada Ketua Polis Negara.

 

Tangkap layar seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang didakwanya memeriksa secara rambang pada Sabtu.
Tangkap layar seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang didakwanya memeriksa secara rambang pada Sabtu.

 

Eng lai berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika sekumpulan anggota polis dari Balai Polis Jinjang menjalankan rondaan cegah jenayah.

Menurutnya, anggota polis terlibat ternampak empat lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan tersebut.

“Apabila melihat kehadiran pihak polis, mereka dengan segera telah memasuki kereta masing-masing, selepas memperkenalkan diri, pihak polis meminta kad pengenalan mereka untuk membuat semakan rekod jenayah dengan Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Salah seorang dari individu tersebut meminta pihak polis untuk bercakap dengan peguamnya bagi tujuan pengesahan dan pihak polis telah menjelaskan tujuan pemeriksaan tersebut dijalankan,” katanya.

Katanya, setelah selesai pemeriksaan, kesemua mereka dibenarkan beredar dari lokasi pemeriksaan.

“Pihak polis tidak menemui sebarang kesalahan dari pemeriksaan yang dijalankan,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Polis tidak pilih bulu dalam laksanakan tugasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker