Pelancong maut ‘disedut’ kipas bot selepas terjun dalam laut

 

BOGOTA – Seorang pelancong di Colombia maut akibat disedut masuk ke dalam kipas bot selepas terjun ke dalam laut untuk mengambil selipar, lapor akhbar The Sun semalam.

Saksi kejadian menjerit ketakutan apabila mangsa, Natalia Andrea Larranaga Fajardo, 26, dirempuh oleh bot itu pada 27 November lalu.

Mangsa mula mengalami banyak pendarahan selepas cedera parah di kaki dan bahagian bawah badannya. Kejadian itu berlaku di Pantai White Wata di pulau San Andres.

Natalia dilaporkan terjun untuk mengambil seliparnya sebelum badannya ditarik ke arah kipas bot, demikian menurut beberapa laporan.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital di pulau itu, sebelum menjalani beberapa prosedur pemindahan darah dan pembedahan untuk membaiki saluran darahnya.

Pakar perubatan terpaksa menyedarkannya selepas dia mengalami serangan jantung. Dia dimasukkan ke ICU selepas mengalami serangan jantung kali kedua sebelum meninggal dunia keesokan harinya.

“Bot itu telah dilarang untuk dipandu dan dua kru diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk disoal siasat,” kata pihak berkuasa maritim Colombia, Dimar.

Pegawai di San Andres mengingatkan perenang supaya menjauhkan diri daripada bot yang bergerak dan memberitahu kru jika mereka ingin terjun ke dalam air. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker