Khairuddin minta PN henti ‘bernostalgia’
Khairuddin minta PN henti ‘bernostalgia’
Bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meminta Perikatan Nasional (PN) supaya berhenti ‘bernostalgia’ apabila gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Jelasnya, gabungan itu hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan yang memerlukan jumlah majoriti sebanyak 112 kerusi.
“Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini bersama PN kerana menyangkakan BN bersedia untuk menyokong.
“Apabila menyedari bahawa ia adalah sokongan sebahagian individu wakil rakyat BN yang ‘dicuri’ dari pintu belakang, mereka beralih sokongan kepada PH dan BN,” katanya di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan Pas menyifatkan kerajaan baharu sekarang bukannya Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kerajaan minoriti.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia kerana tiada parti yang mempunyai kerusi cukup untuk membentuk kerajaan
Mohd Khairuddin berkata, sekiranya PN masih belum berpuas hati maka pada tarikh 19 Disember menunggu mereka untuk mengusulkan sesuatu di Parlimen nanti.
“Sementara itu terimalah keputusan pembentukan Kerajaan Perpaduan ini.
“Jika masih mahu menubuhkan kerajaan pujuklah BN menerusi pintu depan lalu akan diikuti oleh GPS dan GRS, namun berbangkit persoalan bolehkah kerajaan tersebut stabil atau mengulangi pergolakan 2020 hingga 2022?” soal beliau.
Dalam pada itu, walaupun ada yang mendakwa Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan minoriti, namun beliau melihat sebaliknya.
“Tidakkah dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Barisan Nasional dan Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili GPS sebagai Timbalan Perdana Menteri menunjukkan kerajaan ini mempunyai angka 82, 30 dan 23 sekali gus menjadikan jumlah sebanyak 135 ahli Parlimen.
“Apabila dilantik lagi menteri mewakili GRS menjadikan jumlah semua sebanyak 141 kerusi. Itu belum dikira Parti Warisan (tiga); Parti Bangsa Malaysia (satu); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu) dan Bebas (dua). Maka semuanya 148 ahli Parlimen, telah mencapai dua pertiga majoriti,” ujarnya. Sinar
Khairuddin minta PN henti ‘bernostalgia’
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?