Mana Perginya Perjuangan Reformasi? – Wan Saiful
Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'muflis moral' kerana mengangkat kluster mahkamah dalam pentadbiran negara.
Mana Perginya Perjuangan Reformasi? – Wan Saiful
Ini persoalan yang ditimbulkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan apabila dia menyifatkan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘muflis moral’ kerana mengangkat kluster mahkamah dalam pentadbiran negara.
“Mana perginya perjuangan reformasi? Saya juga kasihan pengundi UMNO-BN kerana segala laungan mereka telah dijual sebegitu murah oleh Zahid Hamidi yang mahu menyelematkan diri. Adakah UMNO masih relevan hari ini?
Justeru, beliau mengajak pengundi DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai menolak calon PH-BN.
Menurut Wan Saiful, ketika PH-BN ‘muflis moral’, PN adalah satu-satunya wadah serta harapan buat rakyat Malaysia. PN mengangkat, memperjuang dan menjunjung tinggi imej serta ketrampilan politik baru yang bersih, stabil, segar serta berintegriti demi menghasilkan Malaysia yang makmur dan sejahtera untuk semua.
Beliau turut mendakwa, tindakan itu sebagai satu lagi usaha untuk ‘mensucikan’ kluster mahkamah dan dikhuatiri mengganggu kes-kes perbicaraan yang sedang berjalan.
“Pengumuman pembentukan Kabinet hari ini tiada apa yang mengejutkan. ‘Kerajaan Rosak’ pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, benar-benar telah muflis moral apabila kluster mahkamah yang selama ini rakus mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa diangkat ke Kabinet.
“Barisan Kabinet ini adalah suatu cubaan ‘memperbodohkan’ rakyat. Pada hal, rakyat telah memberi mesej jelas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bahawa mereka mahukan saf kepimpinan politik dan pentadbiran negara yang mendahulukan kepentingan rakyat, mengangkat nilai moral, integriti serta akauntabiliti mengatasi apa jua kepentingan peribadi,” katanya melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya pada Jumaat.
Wan Saiful juga mendakwa Anwar telah mengetepikan nilai moral, prinsip, integriti serta akauntabiliti demi kuasa dan takhta.
“Ini suatu lagi bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang politikus matlamat menghalalkan cara, yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi kuasa.
“Saya anggap ini adalah satu lagi usaha Anwar Ibrahim untuk mensucikan kluster mahkamah. Saya semakin bimbang sekiranya kes-kes perbicaraan membabitkan kluster mahkamah akan terganggu,” ujarnya.
Malah, beliau mendakwa berasa kasihan dengan pengundi yang memilih PH kerana terbukti undi PH akhirnya mereka dapat Zahid Hamidi. AA
Mana Perginya Perjuangan Reformasi? – Wan Saiful
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!
You must be logged in to post a comment.