Fahmi Fadzil Jawab Muhyiddin, ‘Anwar Tidak Mahu Ada Kartel ‘Parti Dalam Parti’ Seperti Dulu’

Fahmi Fadzil Jawab Muhyiddin, ‘Anwar Tidak Mahu Ada Kartel ‘Parti Dalam Parti’ Seperti Dulu’

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menfitnah dan melontar tuduhan keterlaluan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, kata Fahmi Fadzil.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, yang juga Menteri Komunikasi Digital itu berkata, Muhyiddin harus sedar Kerajaan hari ini bukan Kerajaan Pakatan Harapan, di mana Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang diingini.



Sebaliknya, kata Fahmi, ini adalah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk secara bersama, di mana dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri.

“Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, di mana pelantikan Jemaah Menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti.

“Pada ketika itu, kita saksikan kelompok-kelompok kartel dalam parti dipersenjatakan (weaponised) lalu mewujudkan keadaan “parti dalam parti” (party in a party) yang akhirnya merosakkan kestabilan politik dalaman parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, Muhyiddin, yang juga Perdana Menteri ke-8 berkata, tindakan Anwar yang melantik kalangan ‘kleptokrat’ menunjukkan beliau telah menggadai prinsip tatakelola baik, seperti yang dijaja sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)



Dakwa Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, Kabinet yang diumumkan Anwar pada Jumaat disifatkan sebagai “paling mengecewakan” dalam sejarah negara.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, berbeza dengan tiga pentadbiran sebelum ini, Perdana Menteri dan ketua parti dan gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan, bersetuju senarai calon Jemaah Menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing.

“Sekiranya Tan Sri Muhyiddin tidak berpuas hati, janganlah marah atau melemparkan tohmahan kepada Perdana Menteri, kerana bukan Perdana Menteri yang menamakan calon-calon dari parti atau gabungan lain.

“Penting saya tegaskan komitmen Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak akan sekali-kali mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes,” tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi. AA



Fahmi Fadzil Jawab Muhyiddin, ‘Anwar Tidak Mahu Ada Kartel ‘Parti Dalam Parti’ Seperti Dulu’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker