Walapun tanpa jawatan menteri, MIC terus sokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar

SHAH ALAM – Komponen Barisan Nasional (BN), MIC tidak berkecil hati apabila tidak tersenarai dalam kabinet kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan pada malam Jumaat kerana sememangnya tiada permintaan jawatan tersebut daripada mula.

Sebelum ini, satu-satunya Ahli Parlimen MIC, Datuk Seri M Saravanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia di bawah kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkumi BN, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak dan Pas.

Sementara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga ahli Parlimen Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng pula memegang jawatan Timbalan Menteri 1 Perusahaan Perladangan dan Komoditi.



Namun, berdasarkan senarai 28 menteri yang diumumkan oleh Anwar semalam, tiada wakil daripada parti MIC mahupun MCA dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

 

Anwar pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di  Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. - Foto Bernama
Anwar pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. – Foto Bernama

 

“MIC tidak kecewa dengan kabinet yang telah dibentuk kerana tidak ada permintaan. Dari awal saya sudah menyatakan, menyokong Kerajaan Perpaduan ini bukan di atas rundingan BN tetapi ia merupakan titah Tuanku.



“Oleh itu, kami tidak pernah menuntut mahupun menolak. Ini adalah keputusan di atas kebijaksanaan Perdana Menteri,” kata Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Tambah Vigneswaran, MIC tidak berasa terkilan dan akur dengan keputusan yang telah dibuat atas budi bicara Anwar dengan perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tiada sebab untuk saya rasa terkilan dan saya terima dengan hati yang terbuka. Dari dahulu memang hanya ada satu menteri yang dilantik untuk mewakili kaum India.

“Seperti nama Kerajaan Perpaduan, saya berharap mereka di jemaah menteri tidak bergaduh antara satu sama lain dan boleh bekerjasama dengan baik. Itu sahaja,” katanya.



Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu juga berharap kerajaan kali ini akan berfungsi sebagai kerajaan yang mementingkan dan menguatkan ekonomi supaya kesejahteraan rakyat terjamin.

“Buat masa sekarang yang paling penting adalah kestabilan ekonomi dan bukan politik dendam.

“Saya berharap mereka kekal maju ke hadapan dan jangan bagi alasan bahawa negara bankrup dan sebagainya tetapi lebih fokus membuat yang terbaik untuk rakyat dan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, majlis angkat sumpah kesemua 28 menteri berlangsung pada Sabtu di Istana Negara pada jam 3 petang.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker