Ahli politik boleh pilih terus bertempur atau jadi satu pasukan
Ahli politik boleh pilih terus bertempur atau jadi satu pasukan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Tambun, Perak hari ini menyarankan semua parti politik untuk bekerjasama menyokong kerajaan yang baru ditubuhkan dan menumpukan perhatian kepada usaha membantu rakyat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata ahli politik boleh memilih sama ada untuk terus bercakaran sesama sendiri yang menyebabkan rakyat menderita, atau bersatu sebagai satu pasukan.
“Kita boleh pilih untuk terus bertempur dan rakyat derita. Atau pilih untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk jamin masa depan Malaysia yang lebih aman, dan sejahtera,” katanya pada majlis Kenduri Rakyat di Taman Jati, Tambun petang tadi.
Anwar berada di Perak untuk beberapa siri program termasuk menghadap Raja Perak Sultan Nazrin Shah dan bertemu pengundi di Tambun untuk mengucapkan terima kasih susulan kemenangannya di kerusi itu pada PRU ke-15.
Dalam ucapan itu, perdana menteri ke-10 itu turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Raja-Raja Melayu atas keprihatinan terhadap demokrasi dan keputusan untuk mengadakan kerajaan perpaduan.
Keputusan itu, katanya, bertujuan untuk menghentikan perbalahan politik yang melanda negara.
“Apa kebijaksanaan kerajaan perpaduan? Supaya kerajaan itu kukuh. Tidak ada lagi simpang siur politik yang melelahkan.
“Rakyat mahukan jaminan hidup mereka,” katanya.
Anwar menambah, inilah sebabnya PH, BN dan GPS bersatu untuk membentuk gabungan utama kerajaan.
“Untuk apa? Untuk menjamin hentikan rasuah, hentikan penyelewengan, pembaziran dan angkat martabat rakyat.” katanya. Mk
Ahli politik boleh pilih terus bertempur atau jadi satu pasukan
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi