Tengku Zafrul trending di Twitter berkait jawatan menteri kewangan

Tengku Zafrul trending di Twitter berkait jawatan menteri kewangan

Tengku Zafrul Aziz menjadi trending di Twitter ketika spekulasi bahawa bekas menteri kewangan itu dilantik semula ke jawatan itu dalam Jemaah Menteri Anwar Ibrahim.

Walaupun ada yang menyokong namun kebanyakan netizen secara terus terang menentang pelantikan beliau ke kabinet terutamanya portfolio kewangan, sambil berkata “tidak lagi”.



Pengguna Twitter @SimpletonED berkata bekas ketua pegawai eksekutif CIMB Group Holdings Bhd adalah jurubank secara semula jadi namun tidak terdaya mengurus kewangan negara.

“Jurubank tidak mampu urus kewangan. Mereka membuat duit daripada pinjaman kepada orang kaya untuk menjadi lebih kaya dan menyekat pinjaman kepada mereka yang memerlukan (mereka). Katakan tidak kepada jurubank,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Wee Choo Keong turut mencelah dan berkata, kementerian kewangan bakal menjadi “bencana negara” jika Tengku Zafrul dilantik semula sebagai menteri, manakala Malaysia akan menjadi “bahan ketawa”.

Wee, yang bertanding di kerusi Wangsa Maju pada PRU baru-baru ini atas tiket Warisan dan tewas, juga berkata bekas menteri kewangan itu akan mempunyai “hubungan yang baik” jika beliau berjaya dilantik semula ke jawatan itu.



Tengku Zafrul, yang juga bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor bertanding di Kuala Selangor pada PRU lalu namun tewas kepada calon Pakatan Harapan Dzulkefly Ahmad.

Seorang lagi pengguna Twitter @Albahrui berkata jika benar Tengku Zafrul dilantik ke jawatan itu, kerajaan pimpinan Anwar tidak bertahan lama.

“Rakyat tidak perlu keluar mengundi. Semua percakapan mengenai demokrasi akan menjadi sia-sia,” katanya.

Sementara itu, @kimhuam mempersoalkan bagaimana nama Tengku Zafrul boleh dipertimbangkan untuk jawatan yang sangat dikehendaki.



“Bukankah dia kalah (bertanding) kerusinya pada PRU15? Apa yang berlaku di sini? Katakan tidak (kepada) Tengku Zafrul sebagai senator atau menteri kewangan.”

Seorang lagi netizen, @SaiPan70, menggesa Tengku Zafrul mengisytiharkan secara terbuka bahawa beliau tidak mahu berada dalam Kabinet.

Semalam, New Straits Times melaporkan bahawa jawatan menteri kewangan boleh diserahkan kepada Tengku Zafrul walaupun timbalan presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani disebut-sebut untuk jawatan itu.

Tengku Zafrul mula dilantik ke jawatan itu apabila Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri pada 2020. Ismail Sabri Yaakob mengekalkannya sebagai menteri kewangan apabila beliau mengambil alih kerajaan pada Ogos tahun lalu. FMT



Tengku Zafrul trending di Twitter berkait jawatan menteri kewangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’



Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker