Urut punya pasal, separuh buah pinggang wanita rosak

Gara-gara menjalani sesi urutan untuk menurunkan berat badan, seorang wanita di China kehilangan separuh buah pinggangnya menerusi pembedahan kecemasan yang terpaksa dilakukan ke atasnya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Miao (nama samaran), 41, ingin menurunkan berat badan dengan bantuan urutan. Dia mengunjungi sebuah salon di Hangzhou, wilayah Zhejiang.

Semasa diurut, wanita itu hampir tidak dapat menahan rasa sakit pada bahagian perut tetapi tukang urut memberitahu bahawa ia berpunca daripada lemak yang meninggalkan badan.

Perut Miao semakin sakit setelah dia pulang ke rumah. Beberapa jam selepas itu, dia mula mengalami muntah dan cirit-birit. Semasa dibawa ke hospital oleh keluarganya, Miao sudah berada dalam keadaan separuh koma.

Doktor kemudian melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) dan mendapati bahawa angiomiolipoma di buah pinggang kiri wanita itu pecah.

Angiomiolipoma buah pinggang adalah tumor jinak yang berada dalam buah pinggang. Ia biasanya tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak mendatangkan sebarang bahaya.

Prosedur biasa selepas penemuan tumor itu adalah melakukan pengawasan aktif untuk memastikan ia tidak tumbuh atau mula berdarah.

Berdasarkan pemeriksaan, doktor menjelaskan bahawa tumor itu tidak akan mengganggu Miao namun, ia telah pecah akibat urutan menurunkan berat badan tersebut.

Doktor menjalankan pembedahan membuang tumor berdarah itu dan separuh daripada buah pinggang kiri Miao, menyebabkan ia tidak mampu berfungsi secara normal.

Maio masih dalam pemerhatian di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Hangzhou. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker