Rampas hak penjagaan dari ibu bapa kandung, Pesuruhjaya tinggi India mahu kerajaan campur tangan

Pasangan suami isteri warga negara India mendakwa diperdaya sehingga hilang hak penjagaan terhadap anak mereka.

Manimaran Sakthivel (35) dan isterinya Aarthi Kumaresan (28) berkata pihaknya bersedia mengambil tindakan undang-undang untuk merebut kembali cahaya mata mereka.

Manimaran memberitahu Malaysiakini kedua mereka tanpa sedar dimanipulasi untuk menandatangani surat akuan berkanun (SD) yang dikatakan bertujuan menghantar anak mereka ke sekolah.



Bagaimanapun, kata Manimaran dia menyedari kemudian bahawa SD tersebut sebenarnya surat kebenaran menukar status hak anak mereka menjadi anak angkat kepada sepasang suami isteri warga tempatan.

Sijil anak angkat

Manimaran mendakwa pasangan berkenaan yang juga bekas majikan isterinya telah pun memperolehi sijil kelahiran anak angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa pengetahuan mereka.

Manimaran berkata dia telah bekerja di Malaysia sejak tahun 2006 di Ampang, Selangor.



“Saya kerja di Ampang sejak 2006 dan mengenali pasangan itu juga berasal dari situ yang merupakan kawan majikan saya ketika itu. Setelah beberapa kali pulang ke negara asal dan kembali ke Malaysia untuk bekerja, pada Mac 2019 saya kembali ke Malaysia bersama isterinya Aarthi.

“Anak kami lahir di sebuah hospital swasta di Ampang. Kami mendaftar kelahiran anak kami dan menerima sijil kelahiran berstatus bukan warganegara.

“Ketika bekerja di Ampang, saya kadangkala berjumpa dengan pasangan itu yang membuat perniagaan katering makanan,” katanya.

Dia berkata pada Jan 2022, isterinya mula membuat kerja sambilan untuk perniagaan katering makanan pasangan itu dan sering membawa anaknya bersama-sama ke tempat kerja.



“Dari situ, kami menjadi rapat, dan mereka kadang-kala membawa anak saya ke restoran dan majlis keluarga mereka. Kadang-kala anak kami tinggal di rumah mereka,” katanya.

Pada Mac 2022, Aarthi mendapat kerja di Masjid India dan mendakwa mereka membenarkan isteri pasangan itu menjaga anaknya dengan bayaran bulanan RM500.

Menurut Manimaran, dia dan isterinya berpindah menetap di salah satu bilik di pejabat milik pasangan itu pada Jun tahun sama dengan bayaran bulanan sebanyak RM300.

Katanya, pada awal 2023, mereka mula buat bayaran bulanan RM1,000 untuk menjaga anaknya, termasuk yuran tadika swasta.



Tambahnya, pasangan itu bersetuju menjaga anak mereka ketika dia dan isterinya ke India untuk upacara pengebumian ibunya.

“Saya tidak dapat membawa anak saya bersama ketika itu kerana tidak dapat pasport untuk anak saya.

“Pada sekitar Jun 2023, pasangan itu memberitahu bahawa kami perlu menandatangani beberapa dokumen, agar anak saya boleh terus belajar di Malaysia,” katanya.

Manimaran berkata dia tidak faham kandungan dokumen kerana ia dalam bahasa Melayu.



“Kami tandatangan dokumen-dokumen itu dan tidak berasa sangsi sedangkan saya sudah mula bekerja untuk mereka.

“Sekitar Ogos kami dibawa ke JPN Kajang dan diberitahu bahawa berkaitan urusan pendidikan anak saya. Kami diberitahu oleh pasangan itu hanya memberitahu ‘tolong saya’, ‘tak tahu’ dan ‘balik kampung’ kepada soalan-soalan ditanya oleh pegawai di sana.

“Tapi, sekitar Nov, kami mendapati ada yang tidak kena dengan kelakuan pasangan itu yang sering menghalang berjumpa anaknya atas alasan kami terlalu manja dengannya.

“Pada akhir Disember ketika meminta pasangan itu bahawa kami ingin membawa anak ke India kami dimarah dan dihalang.



“Ketika itulah kami mendapati, bahawa mereka telah mendapati hak penjagaan (anak angkat) ke atas anak kami,” katanya lagi.

Manimaran berkata dia dan isterinya berasa ditipu dan mengambil anaknya tanpa pengetahuannnya.

“Sejak itu, kami cuba berjumpa anak kami tetapi terus dihalang. Kami juga merayu kepada mereka untuk kembalikan anaknya.

“Namun, pasangan itu menggunakan kata-kata keras dan kami juga diminta keluar dari tempat tinggal dalam masa seminggu,” dakwanya.

Sementara itu, aktivis sosial Megala Murthi memaklumkan dia kini membantu pasangan yang mendakwa diperdaya atas kehilangan hak jagaan anak mereka itu.

“Saya telah membawa mereka membuat laporan polis pada 6 Jan ini. Pihak polis memberitahu kami bahawa kes ini perlu dirujuk ke mahkamah.

“Semalam kami mengadakan perjumpaan dengan pesuruhjaya tinggi India. Mereka berjanji menyediakan bantuan guaman untuk membawa kes ini ke mahkamah.

“Apa yang berlaku Manimaran dan Aarthi adalah tidak adil. Saya harap kerajaan Malaysia segera campur tangan dalam isu ini dan mengembalikan hak anak kepada ibu bapa kandung,” kata Megala kepada Malaysiakini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker