Lembah Klang dilanda banjit kilat lagi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggesa pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati berikutan banjir kilat yang melanda beberapa beberapa jalan di ibu negara.

Dalam ciapan di Twitter, Pusat Arahan & Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC) DBKL berkongsi gambar jalan yang terjejas akibat banjir kilat di Jalan Parlimen, Jalan Bangsar, Jalan Raja Chulan dan Jalan Maharajalela.

Gambar daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu diambil kira-kira 4.20 petang.

Warganet turut membuat ciapan terdapat beberapa laluan lain seperti Jalan Dang Wangi dan Jalan Damansara turut terjejas.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi Twitter turut memberi amaran mengenai peningkatan paras air di tiga sungai di Selangor.

Dalam ciapannya, JPS berkata Sungai Langat merekodkan paras air 3.41m manakala Sungai Bernam telah melepasi paras bahaya dengan bacaan 27.12m.

Sungai Selangor di Rantau Panjang juga melepasi paras berjaga-jaga dengan bacaan 6.88m

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dan Melaka susulan hujan lebat petang tadi.

Kawasan terjejas termasuk beberapa bahagian di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, serta Ayer Keroh di Melaka.

Menurut warganet, antara kawasan terjejas ialah Taman Desa Karunmas di Bangi dan Eco Majestic di Semenyih.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pasukannya dimaklumkan beberapa kawasan di Parlimen itu dilanda banjir dan mereka sedang berusaha membantu mangsa.

“Pada masa sama, saya mohon semua jaga diri dan keluarga,” katanya menerusi Twitter.

Pengguna Twitter @hurricanesshh yang meminta bantuan Syahredzan berkata, kawasan perumahannya tidak pernah dinaiki air sepanjang 10 tahun beliau tinggal di sana.

Di KL, banyak kereta bergerak perlahan meredah banjir di beberapa jalan, termasuk Jalan Damansara, Jalan Parlimen, bulatan Sultan Iskandar dan Jalan Kuching.

Sementara itu, ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, beberapa kawasan di bandar Melaka dilanda banjir kilat akibat hujan lebat, termasuk Peringgit Jaya, Kampung Tun Razak dan Bukit Katil.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli berkata, beliau dan Kerk membantu mangsa dengan mengagihkan bungkusan makanan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker