Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja – Raja tegaskan henti guna isu kaum, agama hasut rakyat

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menggesa ahli politik berhenti menggunakan isu agama untuk menghasut rakyat Malaysia satu sama lain.

Ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-raja ke 260 di Istana Negara, baginda menyeru kerajaan baharu memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya.

“Beta berharap tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan untuk menghasut masyarakat.

“Beta turut menggesa kerajaan baharu menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat itu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tuanku Muhriz mengucapkan tahniah kepada Anwar dan menteri besar Pahang, Perak serta Perlis atas pelantikan mereka susulan pilihan raya umum ke-15.

Baginda berharap mereka akan menggalas tanggungjawab berat itu berasaskan prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, polis mengesan pelbagai bentuk kandungan menyentuh sensitiviti kaum dan agama di media sosial susulan PRU15 pada 19 Nov lalu.

Beliau mengingatkan pengguna media sosial tidak menyalahgunakan platform sedemikian untuk menyebarkan kandungan menghasut yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang cuba mengancam keselamatan atau mengganggu ketenteraman awam, termasuk menggunakan Akta Hasutan.

Walaupun Acryl Sani tidak merujuk mana-mana catatan secara khusus, Malaysiakini melaporkan beberapa hantaran di TikTok yang memberi amaran rusuhan kaum 13 Mei mungkin berulang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker