Wanita diculik pengasuh semasa bayi temui keluarga selepas 50 tahun

MELISSA (Melanie) tidak tahu dia diculik ketika masih bayi. – WFAA

WASHINGTON – Salah satu kes orang hilang paling lama di Amerika Syarikat (AS) berjaya diselesaikan selepas setengah abad, lapor akhbar New York Post semalam.

Melissa Highsmith diculik di Fort Worth, Texas pada 23 Ogos 1971 ketika dia baru berusia 21 bulan.

Setelah beberapa dekad, dia akhirnya disatukan semula dengan keluarga kandungnya selepas maklumat dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berjaya merungkai misteri kes berusia 50 tahun itu.

“Ia amat menggembirakan dan pada masa yang sama, ia perasaan paling indah di dunia,” kata Melissa kepada saluran televisyen CBS News selepas perjumpaan semula dengan keluarganya semasa perayaan Thanksgiving.



Ibu kandung Melissa, Alta Apantenco memberitahu saluran televisyen WFAA: “Saya terlalu gembira dan tidak dapat menggambarkan perasaan saya.

“Saya gembira melihat anak perempuan saya kerana tidak sangka akan berjumpanya semula,” kata Alta.

Sebelum kehilangan Melissa, Alta telah berpisah dengan pasangannya, Jeffrie Highsmith dan berpindah ke Fort Worth sebagai ibu tunggal berusia 21 tahun. Dia meletakkan iklan di akhbar tempatan kerana terdesak mencari pengasuh untuk menjaga Melissa selepas mula bekerja sebagai pelayan restoran.

Alta kemudian mengupah pengasuh bernama Ruth Johnson yang sepatutunya mengambil Melissa daripada rakan sebiliknya semasa dia bekerja.



Rakan sebiliknya berkata, wanita itu kelihatan ‘baik’, selain memakai sarung tangan putih, cermin mata hitam dan topi bonnet ketika datang, demikian menurut Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC).

Bagaimanapun, suspek tidak memulangkan Melissa dan tiada sesiapa berjaya menghubunginya. Alta menghubungi pihak berkuasa dan pencarian sejak itu bermula.

Setelah mendapat petunjuk pada Oktober lalu di Charleston, bapa Melissa, Jeffrie kemudian menjalani ujian DNA dan berjaya memadankannya dengan anak Melissa.

Melissa yang menggunakan nama Melanie Walden tidak tahu dia diculik tetapi memberitahu bahawa dia dibesarkan dalam rumah tangga yang ‘kasar’. Tiada maklumat lain mengenai penculiknya telah dikeluarkan. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker