LRT Kelana Jaya alami gangguan teknikal lagi, perjalanan tren tergendala

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kini sedang mengalami masalah teknikal dan jadual perjalanan akan mengambil tempoh masa yang lebih lama dari kebiasaan.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan memaklumkan, punca masalah dikatakan ekoran Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Passenger Intruder Emergency System (PIES) yang teraktif (activated) secara tiba-tiba.

Pihaknya mensyaki sistem tersebut telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi dan menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.



“Selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, Rapid Rail memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada pukul 5.46 petang tadi.

“Kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.

“Akibat daripada gangguan tersebut, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual dan mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.



“Kakitangan operasi dan Polis Bantuan telah ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.

“Pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren telah dilakukan untuk makluman pengguna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker