SPRM sokong Anwar – Azam Baki

Seluruh rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab dan amanah agar tidak terlibat dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Azam berkata, pihaknya mengalu-alukan dan sentiasa menyokong usaha membanteras rasuah bagi menjamin kestabilan negara.

Ini satu iltizam yang amat baik dan dialu-alukan daripada kepimpinan beliau (Anwar).



“Kita semua rakyat Malaysia diberi tanggungjawab dan amanah untuk tidak melakukan amalan rasuah dan salah guna kuasa kerana perbuatan itu mengakibatkan kesan buruk kepada negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Azam berkata demikian bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak akan bertolak ansur dengan gejala rasuah dan penyelewengan.

Tambah beliau, SPRM menyeru kepada semua pihak agar bekerjasama dalam bersama pihaknya bagi membanteras rasuah.

Dalam sidang akhbar pertama sebagai Perdana Menteri di ibu negara, Jumaat lalu, Anwar menegaskan pendirian tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan gejala rasuah dan penyelewengan di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.



Anwar turut memberi keutamaan dalam aspek tata kelola pentadbiran kerajaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker