Nor Yati Ahmad dilantik Akauntan Negara baharu

Timbalan Ketua Akauntan Negara (Korporat), Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Nor Yati itu diumumkan Jabatan Akauntan Negara dalam kenyataan hari ini bagi menggantikan Datuk Dr Yacob Mustafa yang tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos lalu.

“Jabatan Akauntan Negara ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Nor Yati bagi menggalas tugas dan amanah sebagai Akauntan Negara,” menurut kenyataan itu.



Surat pelantikan Nor Yati sebagai Akauntan Negara disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed di Jabatan Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Nor Yati yang mempunyai kelulusan Master Of Accountancy And Finance dari University Of Adelaide, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), mula menyertai sektor awam pada 1995 sebagai Akauntan di Jabatan Akauntan Negara cawangan Kuala Lumpur.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Nor Yati berkhidmat di Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) Jabatan Akauntan Negara sejak 2011 dan dilantik sebagai pengarahnya pada 2018.

PPPA bertanggungjawab dalam transformasi daripada perakaunan asas tunai ubah suai kepada perakaunan asas akruan sektor awam selaras dengan yang digariskan dalam Model Ekonomi Baharu 2010 yang antaranya membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan khasnya dalam Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor awam amnya. BH



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker