Sekuriti Makanan Negara, PM perlu tangani segera

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat segera menangani isu sekuriti makanan yang semakin meruncing terutama selepas negara terkesan akibat dilanda pandemik Covid-19.

Pengerusi Persatuan Hak Dapat Makanan (Hadam) Malaysia, Profesor Dr Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, ketika ini negara mempunyai dua juta iaitu 6.3 peratus rakyat yang kelaparan atau tidak mampu menghidang makanan setiap hari berdasarkan dapatan daripada Global Nutrition Report 2022

Menurutnya, Hadam telah menggariskan lima perkara yang perlu diambil tindakan segera agar isu tersebut tidak terus menjadi lebih parah.

Kami menggesa kerajaan memastikan harga makanan dan minuman asas yang kini semakin meningkat tidak terus meningkat atau wujudkan skim bantuan makanan yang dapat menampung semua golongan peringkat penduduk, terutama sekali golongan miskin.

“Selain itu, melaksanakan pemberian hidangan makanan percuma berbentuk sejagat kepada semua kanak-kanak sekolah rendah tanpa mengira tingkat pendapatan keluarga mereka.

“Seterusnya, melaksanakan bayaran balik kepada kanak-kanak di bawah skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dinafikan hak mereka sewaktu sekolah tutup selama dua tahun (2020 dan 2021), walhal bajet untuk RMT telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2019 dan 2020,” katanya dalam satu surat terbuka kepada Anwar pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan kementerian yang bertanggungjawab terhadap sekuriti makanan negara.

“Hadam mencadangkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ditukar nama kepada Kementerian Pertanian dan Makanan, serta melantik seorang menteri yang peka soal makanan penduduk bukan kepentingan keuntungan pihak industri.

“Hadam juga menyeru supaya empat komponen asas sekuriti makanan sentiasa dikawal dan dipantau, ini termasuklah kompenan iaitu ada makanan, makanan boleh didapati dan orang mampu membeli, pengambilan makanan yang memenuhi keperluan nutrien harian setiap individu dan jaminan bekalan makanan pada waktu kecemasan, kegawatan dan malapetaka.

Wan Abdul Manan menegaskan jaminan makanan yang cukup bakal meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker