Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim
PAS menyifatkan kerajaan baharu yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kerajaan perpaduan kerana bentuk kerajaan demikian perlu melibatkan semua parti.
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kerajaan baharu yang membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) dan beberapa parti kecil lain, sebaliknya adalah kerajaan campuran.
Beliau turut menegaskan, Perikatan Nasional (PN) tidak sesekali menyesal dengan keputusan tidak menyertai kerajaan baharu walaupun memiliki kerusi yang banyak iaitu 73 yang dimenang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu.
“Kita perlu hormat kepada parti utama, kita lihat rakyat sudah memberi mandat kepada PN, malah PAS sahaja menang 49 kerusi, sebagai parti yang menang kerusi tertinggi. Bagaimanapun, apa yang rakyat nak tidak ada dalam kerajaan.
“Namun, apa yang penting bagi kita ialah untuk terima keputusan yang sudah dibuat dan kami (PN) akan turun sebagai satu kumpulan yang teguh untuk bagi pandangan terbaik demi kebaikan seluruh rakyat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran PAS Kubang Kerian di Pasir Tumboh, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, PN juga yakin dengan ‘kepakaran’ gabungan itu untuk menjadi pembangkang bagi memantau dasar kerajaan serta bertindak sebagai semak dan imbang kepada kerajaan baharu.
“Tambahan pula, kita kini mempunyai jumlah kerusi yang besar, kita akan memantau setiap satu komitmen dan manifesto kerajaan, khususnya sewaktu yang dijanjikan ketika berkempen termasuk untuk mengecilkan saiz Kabinet,” katanya.
Sebagai pembangkang, Tuan Ibrahim berkata, PN juga akan melihat sejauh mana Anwar dapat melaksanakan apa yang beliau janjikan sepanjang kempen PRU15 yang lalu.
“PN terima keputusan pembentukan kerajaan hari ini selain bersedia menjadi pembangkang yang membina.
“Kita akan memantau setiap satu komitmen dan manifesto kerajaan khususnya sewaktu yang dijanjikan ketika berkempen termasuk untuk mengecilkan Kabinet.
“Sesuatu yang mengejutkan apabila awalnya dia tolak ‘penyamun’, tetapi tiba-tiba berpakat dengan ‘penyamun’, malah semua orang tahu ucapannya sering kali menghentam golongan yang dianggap makan rasuah dan melakukan penyelewengan, tetapi bagaimana mereka boleh bekerjasama?,” katanya.
Menurutnya, sebagai pembangkang pihaknya juga akan melihat sejauh mana beliau (Anwar Ibrahim) dapat melaksanakan apa yang beliau dijanjikan sepanjang berkempen.
Jelasnya, ‘orang baik’ dan ‘orang jahat’ tidak boleh duduk bersama tetapi pihaknya menerima keputusan pembentukan kerajaan hari ini selain bersedia menjadi pembangkang yang membina. BH
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.