Jurulatih nafi skuad bola sepak Arab Saudi dapat Rolls-Royce
Jurulatih nafi skuad bola sepak Arab Saudi dapat Rolls-Royce
DOHA – Ketua Jurulatih, Herve Renard dan penyerang skuad bola sepak Arab Saudi, Saleh Alshehri semalam menyatakan berita yang menyatakan bahawa setiap anggota pasukan itu akan mendapat kereta mewah Rolls-Royce Phantom selepas berjaya menewaskan Argentina 2-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan C Piala Dunia sebelum ini adalah tidak benar.
Menurut portal CBS Sports, Renard pada sidang akhbar sebelum perlawanan kedua menentang Poland semalam berkata: “Kami masih perlu mendapat perlawanan yang sangat penting. Tiada apa-apa yang benar tentang komen itu (hadiah kereta mewah tersebut).”
Pada sidang media yang sama, Alshehri ditanya oleh seorang wartawan mengenai kereta Rolls-Royce yang didakwa akan diperolehnya dan warna yang dipilihnya untuk kenderaan tersebut.
Bagaimanapun, pemain itu berkata, khabar angin tentang kereta mewah itu adalah tidak benar.
Berita tentang pasukan bola sepak Arab Saudi akan menerima Rolls-Royce itu pertama kali muncul daripada ciapan di Twitter yang disiarkan dalam minggu ini oleh seorang doktor gigi Pakistan yang menerima ratusan tanda suka selepas ia berjaya menewaskan Argentina pada Selasa lalu.
“MBS telah mengumumkan Rolls Royce Phantom kepada setiap ahli pasukan setelah mengalahkan ARG (Argentina),” ciap doktor gigi itu di Twitter.
MBS adalah singkatan nama untuk Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Harga sebuah kereta Rolls-Royce Phantom itu bermula pada harga AS$460,000 (RM2.06 juta). K Online
Jurulatih nafi skuad bola sepak Arab Saudi dapat Rolls-Royce
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.