Hadi derhaka, hina Raja-raja Melayu – Raja Bahrin
Hadi derhaka, hina Raja-raja Melayu – Raja Bahrin
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa pihak berkuasa supaya segera menyiasat kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang yang didakwa berbaur hasutan dan menghina institiusi Raja-Raja Melayu.
Katanya, mereka yang tidak mampu mentadbir dengan baik memilih untuk berlaku biadab terhadap Raja-Raja Melayu demi nafsu rakus untuk terus berkuasa.
“Mereka yang kononnya pernah mendirikan kerajaan Melayu – Islam di Malaysia sepatutnya mencerminkan segala yang baik dan jernih sebagai seorang Melayu dan juga Islam.
“Malangnya, politik songsang pintu belakang Langkah Sheraton hari ini mempamerkan segala budaya yang jelek dan derhaka baik dari seorang bergelar ulama dan juga seorang pemimpin Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Bahrin merujuk penulisan Hadi semalam yang menggunakan kiasan mengenai pertandingan bola sepak, bahawa ada peraturan yang tidak dipatuhi – termasuk memberi masa kecederaan atau ketika seri.
Dakwanya, walaupun keputusan ada kemenangan untuk satu pihak, ada mata dan gol, tiba-tiba pengadil menambah masa kecederaan untuk memberi peluang kepada mereka yang jelas kalah supaya boleh menang dengan apa cara sekalipun.
Kenyataan Hadi itu dibuat empat hari selepas Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Keadaan ini walaupun PN gabungan Hadi mendakwa memperoleh majoriti mudah terlebih dahulu untuk calon perdana menterinya Muhyiddin Yassin.
“Penulisan Hadi secara terbuka kelihatan derhaka menuduh pihak Istana tidak berlaku adil dan melanggar, seolah-olah menipu undang-undang dan seterusnya mencabar tindakan pihak Istana.
“Jika beliau tidak berpuas hati beliau sepatutnya boleh mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah dan bukan menghina kuasa dan tindakan Istana secara terbuka dan berlaku biadab semasa pihak Istana sedang cuba membentuk kerajaan yang stabil setelah 32 bulan sebelum ini negara derita kita memiliki kerajaan yang tidak stabil,” katanya.
Raja Bahrin berkata, sepatutnya sebagai seorang ulama, Hadi perlu mempamerkan akhlak yang baik terhadap Raja dan bukan mencemuh Seri Paduka dengan penulisan penghinaan terbuka terdedah pada awam.
“Rakyat berpendapat dua pemimpin bekas kerajaan PN Melayu Islam ini tidak menunjukkan contoh akhlak yang baik atau mulia yang boleh di contohi.
“Dua pemimpin yang bergelar Tan Sri, iaitu darjah kebesaran kurniaan dari Yang di Pertuan Agong, tidak menunjukkan contoh akhlak Melayu Islam yang baik terhadap Raja-Raja mereka untuk dicontohi rakyat jelata.
“Raja-Raja kita sedang berusaha untuk menyelamatkan negara dari ketidakstabilan politik dan masalah ekonomi yang meruncing hasil kegagalan pemerintahan kerajaan PN,” katanya.
Tambah Raja Bahrin, Islam menuntut umat agar menghormati dan taat serta tidak derhaka pada Ulil Amri sebagai Ketua Negara.
“Pihak berkuasa polis digesa mesti segera menyiasat kenyataan Hadi Awang di bawah akta hasutan kerana menghina institiusi Raja-Raja Melayu Malaysia,” katanya lagi. Mk
Hadi derhaka, hina Raja-raja Melayu – Raja Bahrin
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.