Tiada keperluan bincang usul undi percaya kepada Anwar – Zaid
Tiada keperluan bincang usul undi percaya kepada Anwar – Zaid
Selamatkan Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk dahulu sebelum mana-mana pihak menerima cadangan agar usul percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentangkan di Parlimen nanti.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sependapat dengan cadangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh bahawa tiada keperluan bagi mengemukakan usul itu.
“Saya selalunya tidak berapa gemar kepada Ramkarpal Singh, pemimpin DAP Pulau Pinang ini tetapi cadangan dia tidak perlu usul percaya kepada Anwar, saya anggap sebagai nasihat yang baik.
“Sekarang ini selamatkan Kerajaan Perpaduan dahulu, tidak perlu kepada undi percaya atau tidak percaya kepada Anwar selaku Perdana Menteri.
“Pada saya, ia tidak sesuai sekarang selagi Kabinet tidak dibentuk dan Peguam Negara serta Speaker Dewan Rakyat tidak ditukar,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.
Di Georgetown hari ini, Ramkarpal Singh dilaporkan berkata, tiada keperluan bagi mengemukakan usul undi percaya terhadap Anwar pada sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini bagi membuktikan keabsahan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata, ini kerana sudah jelas Perdana Menteri itu memperoleh majoriti besar melebihi 140 kerusi.
Ahli Parlimen dari DAP itu berkata, Pakatan Harapan (PH) kini diyakini mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Menurut Zaid, Anwar mesti buat yang terbaik untuk rakyat dan negara dengan membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. MG
Tiada keperluan bincang usul undi percaya kepada Anwar – Zaid
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan