PBRS sokong cadangan Zahid TPM

PBRS sokong cadangan Zahid TPM

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong cadangan seorang pemimpin Umno yang mahu Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan perpaduan.

Cadangan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii hari ini. Razlan berkata, berdasarkan hierarki Umno, Zahid sebagai presiden parti paling layak untuk jawatan itu.



Presiden PBRS, Fredie Sua, berkata jawatan itu harus diberikan kepada Zahid kerana Barisan Nasional (BN) adalah rakan utama dalam kerajaan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Zahid bukan sahaja berkelayakkan tetapi memiliki pengalaman luas dalam mentadbir negara, kata Sua.

Katanya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ada hak dilantik ke jawatan berkenaan kerana beliau belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan di mahkamah.

Zahid kini berdepan pendakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.



Sua berkata, kes mahkamah terhadap ahli politik antara cabaran perlu diselesaikan dan menambah, beliau yakin proses mahkamah dilaksanakan dengan adil. FMT

PBRS sokong cadangan Zahid TPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker