Wee nafi jumpa Ismail, BN dan pemimpin PAS

Wee nafi jumpa Ismail, BN dan pemimpin PAS

Presiden MCA Wee Ka Siong menafikan spekulasi beliau terbabit dalam satu pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Dalam hantaran tular di Twitter, pertemuan antara pemimpin BN dan PAS itu dikatakan berlangsung di Tropicana Golf & Country Resort dari 10.30 pagi hingga tengah hari semalam.



Hantaran itu menyatakaan antara pemimpin yang hadir termasuk Ismail yang juga naib presiden Umno, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa serta Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Wee dan setiausaha akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz.

Wee berkata, beliau kecewa orang ramai masih menyebarkan khabar angin dan menuduhnya terbabit dalam gerakan politik walaupun krisis politik susulan pilihan raya umum lalu sudah diselesaikan.

Beliau mengakui berada di Tropicana Golf & Country Resort ketika itu tetapi untuk satu mesyuarat dan menjamu selera dengan dua ahli perniagaan.

“Kami berada di restoran makanan Cina manakala Ismail pula di sebuah lagi restoran. Anda boleh periksa rakaman CCTV restoran itu,” katanya kepada FMT. FMT



Wee nafi jumpa Ismail, BN dan pemimpin PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker