Anwar terima kunjungan Premier Sarawak

Anwar terima kunjungan Premier Sarawak

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang menyaksikan kedua-dua pihak terus memperkukuh hubungan akrab mereka.

Perdana Menteri menerusi entri di Facebook memaklumkan menerima kunjungan Abang Johari bersama rombongan di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor, pagi tadi.

“Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi antara tunggak selain Barisan Nasional (BN), WARISAN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk Kerajaan Perpaduan dikemudi saya.

“Insya-Allah, hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar Malaysia lebih baik dan berketerampilan,” katanya.

Kelmarin, BH melaporkan, Kerajaan Perpaduan yang terbentuk membabitkan penyertaan tiga komponen utama setakat ini, iaitu Pakatan Harapan (PH), BN dan GPS.

Ia kemudian diikuti dengan penyertaan GRS selepas Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan hasrat berhubungan sokongan itu kepada Anwar, malam kelmarin. BH

Anwar terima kunjungan Premier Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker