Konkrit hempap kereta: Kontraktor SUKE kena penalti RM180,000

Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak pada 19 September sehingga menyebabkan kepingan konkrit terjatuh menghempap sebuah kereta.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kenyataan hari ini, kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd, RM100,000.

Kedua-dua kontraktor berkenaan masing-masing dikenakan penalti mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 iaitu kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

“Hasil siasatan CIDB mendapati subkontraktor turut tidak mengikut prosedur kerja yang betul dan mempunyai penyelia tapak yang tidak diakreditasi.

“Berikutan itu, subkontraktor berkenaan diarah membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi,” katanya.

CIDB turut mengarahkan subkontraktor berkenaan melakukan audit keselamatan oleh pihak ke-3 terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak bina.

“Sepanjang siasatan, kedua-dua syarikat memberikan kerjasama yang baik termasuk membuat aku janji untuk meningkatkan prosedur dan pelaksanaan kerja lebih selamat,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian 19 September, seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang mengakibatkan keretanya remuk dan kecederaan pada tangan kirinya. FMT

Konkrit hempap kereta: SUKE arah kerja pembinaan dihentikan serta-merta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker