Amboi, Altimet pula masuk PKR?


Penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet masih mahu berteka-teki berkaitan spekulasi kemasukannya dalam PKR.

“Tunggu Khamis, esok saja,” katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Memetik sumber, Utusan Malaysia semalam melaporkan Altimet dan pelawak Afdlin Shauki akan membuat persembahan dalam sebuah program pembangkang minggu ini, selewat-lewatnya esok (Khamis).

Sumber mendakwa mereka sudah pun beberapa kali mengadakan perjumpaaan dengan pemimpin kanan PKR.

Afdlin (bawah) semalam menyertai PKR pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim atas alasan mendukung perjuangan masyarakat pelbagai kaum.

Sementara itu, Altimet juga memberitahu Malaysiakini bahawa dia maklum berkaitan spekulasi itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Amboi itu menjelaskan bahawa dia masih tidak mendaftarkan diri sebagai ahli parti itu.

“Ya (saya ambil maklum) desas desus (masuk PKR). Tetapi masih tiada apa-apa borang.

“Tiada borang jadi saya tak daftar lagi,” katanya ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas lanjut, Altimet berkata rakyat sewajarnya peka akan situasi yang berlaku dalam negara.

“Saya rasa kita sebagai rakyat, kita kena peka dengan keadaan yang jadi dalam negara kita.

“Cuma mungkin orang rasa pelik kerana mereka rasa penghibur ataupun bekas penghibur ini tak peka hal-hal ini,” katanya setelah ditanya adakah mempunyai minat untuk menyertai wadah politik. Mk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker