Pas jangan tangguk kolam keruh

Pas jangan tangguk kolam keruh

TIADA yang baharu dalam ketetapan yang dibuat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dalam mesyuarat semalam. Parti itu masih lagi mengamalkan pendekatan ‘dua kolam’ dalam hubungannya dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Seperti yang telah berulang kali ditegaskan oleh pucuk pimpinan UMNO sebelum ini, parti itu tidak akan akan bekerjasama dengan Bersatu yang dianggap sebagai salah satu seteru politiknya.



Sikap UMNO itu memang amat difahami kerana Bersatu bertanding di kerusi-kerusi tradisi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.

Luka di hati UMNO bertambah pedih apabila seramai 15 Ahli Parlimennya melompat parti memasuki Bersatu selepas PRU-14. Tidak cukup dengan itu, ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi turut ‘dipujuk’ menyertai Bersatu.

Semasa kempen PRN Melaka dan Johor, pemimpin-pemimpin Bersatu termasuk Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu galak menyerang pimpinan UMNO khususnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun Najib dan Ahmad Zahid tidak bertanding, kedua-duanya tetap dijadikan sasaran. Mereka dihina dengan gelaran yang buruk seperti ‘penyamun’ dan ‘pencuri’ walaupun ketika itu kes sedang dibicarakan di mahkamah dan hukuman belum dijatuhkan lagi.



Ahmad Zahid turut mendakwa, sebaik sahaja selepas PRU-14, terdapat cubaan dari Bersatu yang ketika itu diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menguburkan UMNO agar semua ahli-ahlinya ‘terpaksa’ menyertai Bersatu selepas UMNO dibubarkan.

Namun, Ahmad Zahid tetap bertegas mempertahankan UMNO walaupun beliau menerima tekanan yang amat hebat termasuk daripada daripada anasir-anasir yang bersimpati dengan Bersatu dalam partinya sendiri.

Usaha murni Pas untuk menyatukan UMNO dan Bersatu sememangnya patut dipuji. Namun, langkah itu tidak praktikal dalam situasi politik semasa menjelang PRU-15 yang dijangka berlaku bila-bila masa sahaja.

UMNO mungkin bersedia bersikap ‘anjal’ dalam rundingan dengan Pas terutamanya di 27 kerusi Muafakat Nasional (MN) bagi mengelak Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah negara.



Cuma, sikap serupa sukar diamalkan dengan Bersatu. Masalah pasti akan timbul di 15 kerusi Parlimen yang disandang oleh bekas-bekas pemimpin UMNO dalam Bersatu.

Memandangkan Pas masih lagi enggan berganjak daripada strategi ‘dua kolam’, UMNO mungkin terpaksa melupakan dahulu semangat MN dan menumpukan sepenuhnya kepada memperkukuhkan kempen dan strategi Barisan Nasional (BN).

Pemimpin-pemimpin Pas juga tidak sepatutnya menyalahkan UMNO semata-mata sekiranya senario pertembungan antara kedua-dua parti pada PRN Melaka dan Johor berulang pada PRU-15.

Pas cuma boleh pilih satu kolam, sama ada UMNO atau Bersatu. Dalam hal ini, pucuk pimpinan Pas perlu bersikap lebih berani membuat keputusan yang lebih jelas dan bukan samar-samar. MG



Pas jangan tangguk kolam keruh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker