Jangan bangga digelar ‘kingmaker’, hadapi realiti ditolak rakyat – Shahril
Jangan bangga digelar ‘kingmaker’, hadapi realiti ditolak rakyat – Shahril
Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menegaskan, parti itu perlu menerima hakikat dan menghadapi realiti ditolak rakyat didalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan hanya memenangi 20 kerusi Parlimen sahaja di Semenanjung.
Menurut beliau, ahli-ahli juga tidak boleh berbangga parti itu disebut-sebut sebagai ‘kingmaker’ dalam menentukan pembentukan kerajaan memandangkan parti itu adalah asas dan tunjang yang kuat dengan memiliki majoriti Ahli Parlimen dalam kerajaan-kerajaan sebelum ini.
“Macam mana pun, (apa) yang berlaku didalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang dari segi kedudukan kita di dalam kerajaan, apa yang kita buat di dalam kerajaan, itu semua sudah tentu perlu lakukan yang terbaik.
“Tetapi yang mustahaknya ialah bagaimana kita hendak bangkit daripada (hanya menang) 20 kerusi di Semenanjung dan 30 kerusi secara keseluruhannya (melibatkan BN) itu yang perlu difikirkan dan kita tak boleh menafikan realiti (kita telah tewas dalam PRU15),” kata Shahril.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan Santai Pemuda UMNO sempena PRU15 Parlimen Padang Serai di Lunas, di sini, pada Jumaat.
Tambah Shahril, barisan kepimpinan UMNO dan BN perlu mengaku dan memohon maaf kepada penyokong selepas mereka tidak berjaya membendung gelombang yang membawa kepada prestasi yang amat teruk dalam sejarah pilihan raya yang disertai parti itu. AA
Jangan bangga digelar ‘kingmaker’, hadapi realiti ditolak rakyat – Shahril
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.