‘Tok Mat boleh jadi Timbalan Perdana Menteri’

"Tok Mat (Mohamad Hasan) adalah antara tokoh yang boleh UMNO ketengahkan (menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri), tapi kuasa pelantikan masih di bawah kuasa parti.

‘Tok Mat boleh jadi Timbalan Perdana Menteri’

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan boleh diketengahkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri yang akan mewakili gabungan itu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata Mohamad yang juga Timbalan Presiden dan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan mempunyai ketokohan untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

“Tok Mat (Mohamad Hasan) adalah antara tokoh yang boleh UMNO ketengahkan (menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri), tapi kuasa pelantikan masih di bawah kuasa parti.

“Kita sedia maklum perkara pelantikan berkenaan adalah ketua parti yang menentukan siapa Timbalan Perdana Menteri jika tempat itu diberikan kepada UMNO.

Media hari ini melaporkan, BN menyerahkan kepada pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan calon Timbalan Perdana Menteri, yang akan mewakili gabungan itu dalam Kabinet kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, isu berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum ini, namun tiada nama tertentu yang disebut bagi mengisi jawatan terbabit.

Pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan di bawah Kabinetnya dalam kalangan wakil komponen kerajaan perpaduan.

Anwar berkata, ia akan diisi oleh wakil masing-masing daripada BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Ahli Parlimen Port Dickson berkata ramai kalangan pemimpin dalam UMNO yang berpotensi untuk menjawat jawatan berkenaan.

Beliau berkata, selain dari segi ketokohan yang dimiliki mereka juga mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran. BH

‘Tok Mat boleh jadi Timbalan Perdana Menteri’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker