Masih tiada PM 10, pasaran saham terus menurun
Masih tiada PM 10, pasaran saham terus menurun
Bursa Malaysia meneruskan trend menurun yang dipamer semalam dan dibuka rendah pagi ini kerana sentimen pasaran masih diselubungi oleh perkembangan terkini politik semasa dalam negara.
Pada 9.09 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.18 mata kepada 1,436.11 daripada 1,441.29 pada Selasa.
Pasaran memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,431.9, turun 9.39 mata.
Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 152 berbalas 141, manakala 195 kaunter tidak berubah, 1,813 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 209.97 juta unit bernilai RM99.28 juta.
Dalam satu nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sebarang kenaikan di pasaran tempatan boleh terjejas oleh perkembangan yang tidak stabil dalam kancah politik.
Ia berkata kejelasan yang lebih nyata mengenai pemilihan perdana menteri ke-10 Malaysia bagaimanapun boleh meningkatkan keyakinan pelabur.
“Sementara itu, saham yang tiada kaitan politik dengan asas yang kukuh mungkin menjadi trend di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan — saham perbankan, telekomunikasi dan utiliti mungkin menyerlah. Selain itu, syarikat berorientasikan eksport dijangka mendapat manfaat berikutan nilai dolar AS yang kukuh,” katanya.
Selain itu, firma broker itu berkata pelabur juga akan memberi tumpuan kepada musim pelaporan yang berterusan.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan sentimen akan kekal berhati-hati dalam beberapa hari akan datang sehingga terdapat lebih banyak kejelasan dalam perkembangan politik.
“Oleh itu, kami mengunjurkan indeks untuk berlegar dalam julat 1,430-1,450 hari ini kerana spekulasi masih berterusan dan ini menyebabkan pelabur menjauhi pasaran,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank susut satu sen kepada RM4.28, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM8.68, Tenaga kerugian sembilan sen menjadi RM8.35, dan Hong Leong Bank lemah enam sen kepada RM20.50.
Maybank pula tidak berubah pada RM8.54, manakala kedua-dua CIMB dan IHH Healthcare meningkat satu sen setiap satu kepada RM5.52 dan RM5.93.
Antara saham aktif, Advance Synergy kekal pada 18 sen, Eca Integrated menokok 53.3 sen kepada 70.5 sen, Eden menambah 1.5 sen menjadi 19 sen, Malayan United peroleh setengah sen kepada 10.5 sen, manakala Malaysia Steel dan P.A Resources menambah satu sen setiap satu kepada 43.5 sen dan 26.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 25.91 mata untuk mencatatkan paras 10,221.25, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 28.8 mata menjadi 10,350.46, Indeks FBMT 100 turun 26.86 mata kepada 9,949.77 dan FBM ACE jatuh 61.82 mata kepada 4,910.61.
Bagaimanapun, FBM 70 mengembang 3.48 mata kepada 12,207.11.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 30.04 mata kepada 16,141.87, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.13 mata menjadi 178.72 dan Indeks Perladangan susut 51.38 mata kepada 6,790.84, manakala Indeks Tenaga menambah 0.18 mata kepada 729.46. HM
Masih tiada PM 10, pasaran saham terus menurun
Baca Artikel Menarik:
- Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu
- Merungkai Kemelut Politik: Majlis Raja-Raja Melayu putuskan bersidang esok
- MB Perak umum senarai portfolio Exco
- Mahathir harap Anwar dapat tubuh kerajaan
- Zahid dakwa Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Perbincangan penubuhan kerajaan PN-BN Pahang selesai – Tuan Ibrahim
- GPS dilapor kekal sokong Muhyiddin sebagai PM
- Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah
- Janna Nick kena lagi
- Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya
- Pahang perlu ikut Perak bentuk kerajaan BN-PH
- Polis nafi berlaku ‘rusuhan’ di pejabat Umno Lenggong
- Nad Zainal dirawat di ICU
- Lebih 23,000 tandatangani petisyen desak GPS tolak PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari
Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak