Wanita Indonesia pukul kucing jalanan sampai mati dijel 6 bulan

Wanita Indonesia pukul kucing jalanan sampai mati dijel 6 bulan

Tindakan kejam seorang wanita warga Indonesia yang memukul seekor kucing jantan jalanan (stray cat) menggunakan penyapu sehingga mati, mengundang padah apabila dia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Hotimah, 60, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia yang bekerja sebagai peniaga pisang goreng mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.



Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.

Mengikut pertuduhan, Hotimah didapati dengan kejam memukul seekor kucing menggunakan sebatang penyapu pukul 7.45 pagi pada 20 Ogos lalu (2022) di sebuah kedai tidak bernombor tepi jalan, Serdang Jaya, Seri Kembangan di sini.

Berikutan itu pertuduhan terhadap OKS dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (akta 772) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 29(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.



Terdahulu, Hotimah yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan menghidap sakit jantung.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Selangor Mohd. Sharif Sabran memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada OKS. K Online

Wanita Indonesia pukul kucing jalanan sampai mati dijel 6 bulan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker