Presiden MIC dedahkan surat Zahid Sokong Anwar benar

 

Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat kepada Istana Negara menyatakan sokongan ahli parlimen BN kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

“Beliau (Zahid) mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada (Pengerusi Perikatan Nasional) Muhyiddin (Yassin) dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,”

Terdahulu, unit komunikasi BN menafikan surat yang telah tersebar itu.

Hanya 28 yang menandatangani akujanji itu sebelum pilihan raya umum (PRU) untuk memberi mandat kepada Zahid mengadakan perbincangan membentuk kerjasama dengan gabungan lain.

Dua yang tidak menandatangani akujanji itu ialah Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.

Menurut sumber PH, termasuk 28 ahli parlimen, gabungan itu mempunyai 116 kerusi, yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, sumber BN mendakwa surat itu telah menyebabkan ketegangan mesyuarat majlis tertinggi gabungan itu malam tadi dan terdapat percubaan untuk memecat Zahid sebagai pengerusi.

Bagaimanapun, ia dihalang apabila ahli parlimen Umno yang menunggu di luar memasuki bilik mesyuarat.

Bagaimanapun, Vigneswaran enggan mengulas mengenai perkara ini.

mesyuarat itu juga membincangkan tawaran PH kepada BN jika mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

“Antara tawaran itu ialah jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio kanan kabinet lain, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan,” tambah mereka.

Ketika laporan ini ditulis, pemimpin BN sedang bertemu dengan Muhyiddin di Hotel St Regis di Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan.

Semalam, Muhyiddin menolak saranan Agong agar PN dan PH membentuk kerajaan perpaduan.

Awal hari ini, Zahid mendedahkan bahawa Seri Paduka telah meminta BN menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan semasa menghadap beberapa wakil gabungan itu di Istana Negara.

BN, yang mengalami kemerosotan pilihan raya terbesar dalam tempoh enam dekad lalu, kini menjadi penentu kerana PH yang mempunyai 82 kerusi, dan PN yang mempunyai 73 kerusi, memerlukan sokongan ahli parlimen BN untuk mencapai jumlah majoriti mudah yang diperlukan iaitu 112 kerusi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker